KUALA LUMPUR, 22 JUL: Hari ini mencatatkan 16 kes baru positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,831 kes.
Lapan daripadanya adalah kes penularan tempatan dan bakinya adalah kes import
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 123.
Sementara itu empat kes sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,566 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai lima orang dan satu daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,831 kes dengan 97 peratus kadar sembuh bersamaan 8,566 pesakit, manakala 123 kematian bersamaan 1.39 peratus.
Sehingga kini sejumlah 142 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini