BM | EN | 中文

Covid-19: Lapan kes harian baru, satu kematian melibatkan warga emas

covid_19_coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 JUL: Hari ini mencatatkan lapan kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,704 kes.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 122 kes.

Kes kematian ke-122 (kes ke-8702) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Advertisement

Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 10 Julai 2020 pada jam 5.49 petang.

Dalam pada itu daripada lapan kes baharu hari ini, empat adalah kes tempatan dan empat adalah kes import.

Manakala empat kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,515 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai tiga orang dan dua daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,704 kes dengan 97.83 peratus kadar sembuh bersamaan 8,515 pesakit, manakala 122 kematian bersamaan 1.40 peratus.

Sehingga kini sejumlah 67 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top