BM | EN | 中文

COVID-19: Kumulatif ‘Kluster Kempas’ kini 42 kes

kluster-kempas-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 OKT: Sehingga 29 Oktober 2020, kumulatif kes bagi kluster ini adalah sebanyak 42 kes, menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan.

Beliau berkata, 42 kes itu melibatkan 8 orang rakan sekerja, 17 orang ahli keluarga mereka, 11 rakan sekerja ahli keluarga mereka, dan 5 orang pelajar serta seorang ahli keluarganya.

“Susulan pengesanan kontak yang dijalankan telah mengenalpasti seramai 477 kontak di Johor (Johor Bahru, Kulai, Pontian), Selangor, dan Melaka.

Advertisement

“Daripada jumlah ini, 400 adalah negatif manakala 35 masih lagi menunggu keputusan,” kata Vidyananthan dalam kenyataannya hari ini.

Beliau mendedahkan, punca jangkitan dikaitkan dengan kes pertama yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mukim Hulu Langat, Selangor (Zon Merah) bagi menghadiri satu upacara perkahwinan.

“Sehingga kini penularan masih lagi terkawal dan tertumpu kepada penularan di dalam keluarga dan tempat kerja,” ujarnya lagi.

Advertisement

Bagaimanapun Vidyananthan berkata, ‘Kluster Kempas’ dijangka tamat pada 24 November.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top