BM | EN | 中文

Covid-19: Kontak rapat Kluster Kempas di Kluang didapati negatif – Adun Mengkibol

Bandar-Kluang-Johor.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KLUANG, 2 NOV: Kontak rapat Kluster Kempas, Johor Bahru yang bermastautin di Kluang didapati negatif Covid-19, menurut Adun Mengkibol, Chew Chong Sin.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, saringan ujian kontak rapat kepada keluarga tiga individu telah diumumkan hari ini dan didapati negatif.

“Situasi di Kluang di bawah kawalan.

Advertisement

“Warga Kluang tidak perlu risau sangat, aktiviti harian boleh dijalankan seperti biasa, tetapi jangan lupa patuhi SOP,” kata Chong Sin.

Difahamkan sebelum ini, tiga ahli keluarga daripada Kluster Kempas yang sama disahkan positif COVID-19.

Namun, saringan ujian kontak rapat kepada keluarga tiga individu di Taman Kluang Indah itu telah diumumkan hari ini dan didapati negatif.

Advertisement

Beliau menjelaskan, kes positif yang berasal daripada kes epidemiologically tidak tersebar dan dapat dikesan sumbernya, boleh diambil kira sebagai di bawah kawalan.

“Marilah semua Warga Kluang mematuhi SOP dan menghapuskan wabak,” katanya lagi.

Semalam, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyanathan berkata, sehingga 31 Oktober, Kluster Kempas kekal sebanyak 42 kes.

Advertisement

Tiga kluster lain di Johor turut kekal dengan jumlah sama iaitu iaitu Kluster Meldrum (6 kes), Kluster Bayu (8 kes) dan Kluster Rinting (10 kes).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top