BM | EN | 中文

COVID-19: “Kluster Tropika” dan “Kluster Pasir Barat” dikesan di Johor semalam

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu COVID-19 semalam di Johor dengan satu daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kluster tersebut adalah “Kluster Tropika” dan “Kluster Pasir Barat”  melibatkan beberapa daerah di Johor.

Kluster “Kluster Tropika” melibatkan daerah Johor Bahru di Johor dan kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Januari 2021 hasil saringan tahanan dan kontak rapat di sebuah pusat tahanan.

Advertisement

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kes-kes yang dilaporkan dalam kluster ini iaitu di Jalan Setia Tropika, Johor Bahru.

“Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” kata Dr Noor Hisham.

Manakala “Kluster Pasir Barat” yang merupakan kluster tempat kerja melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Advertisement

“Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 hasil saringan bersasar yang dijalankan secara berperingkat di sebuah tapak projek di Pasir Gudang.

“Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 781 individu telah disaring, di mana 92 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Semalam Johor mencatatkan 460 kesdengan 204 daripada kluster-kluster, termasuk 55 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tropika dan Kluster Pasir Barat.

Advertisement

Manakala 101 kes daripada saringan kontak rapat kes positif dan 155 kes daripada lain-lain saringan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top