BM | EN | 中文

COVID-19: ‘Kluster Rinting’ dikesan di Johor – KKM

covid-19.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT: ‘Kluster Rinting’ Johor antara yang dikenalpasti sebagai salah satu dari enam lagi kluster baharu COVID-19 di negara ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes Kluster Rinting ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka dan Johor Bahru di Johor.

Tambah KKM, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-14,350 telah dikenalpasti positif COVID-19 hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

Advertisement

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober seramai 162 individu telah disaring, dan hasilnya lapan kes dikesan positif COVID-19, seramai 97 individu negatif dan 57 individu masih menunggu keputusan.

Selain ‘Kluster Rinting’, dua kluster baharu di Kuala Lumpur ialah Kluster Baiduri dan Kluster Bah Perdana manakala Kluster Kolong di Sabah dan Kluster Bah Tropicana di Selangor.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top