BM | EN | 中文

Covid-19: Kluster Parit Kassan dikesan di Johor libat daerah Tangkak, Melaka Tengah

covid-19.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 18 NOV: Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham berkata, satu kluster baru, iaitu “Kluster Parit Kassan” dikesan melibatkan daerah Tangkak di Johor dan Melaka Tengah di Melaka.

Beliau dalam kenyataan media hari ini berkata, kes indeks bagi “Kluster Parit Kassan” adalah kes ke-47391yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 November 2020

Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di Kluang, Johor.

Advertisement

Menurut beliau, saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sepuluh lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 18 November 2020, pada 12 tengah hari, sejumlah 105 individu telah disaring

Daripada jumlah itu 11 kes dikesan positif (1 kes baharu), 70 individu dikesan negatif; dan 24 individu masih menunggu keputusan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top