BM | EN | 中文

Covid-19: “Kluster Parit Jamil” dikesan di Muar, Johor

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

MUAR, 6 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu di Muar semalam, dikenali sebagai “Kluster Parit Jamil”.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata “Kluster Parit Jamil” merupakan salah satu daripada kluster tempat kerja yang dikesan melalui saringan bersasar.

“Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108188) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.

Advertisement

“Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 612 individu telah disaring, di mana 62 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” kata Dr Noor Hisham.

Sementara itu, Johor mencatatkan sebanyak 428 kes semalam, bersamaan 21.1 peratus dari keseluruhan 2,027 kes harian.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top