BM | EN | 中文

Covid-19: Kluster “Pagar Siput”, “Sungai Redan” dikesan di Johor, 412 kes harian baru

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kluster jangkitan Covid-19 baru di Johor, iaitu Kluster “Pagar Siput” dan “Sungai Redan”.

Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham dalam kenyatannya berkata “Kluster Pagar Siput” melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor dengan kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-100106) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.

“Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 200 individu telah disaring, di mana 129 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Advertisement

Manakala “Kluster Sungai Redan melibatkan daerah Kluang dan Kota Tinggi dengan kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-98482 yang merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).

Pesakit dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Disember 2020 dan sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Sementara itu Johor mencatatkan 412 kes harian baru menjadikan kes kumulatif di negeri ini berjumlah 4,438 kes.

Advertisement

Dari jumlah itu, 363 kes daripada kluster-kluster termasuk 138 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Redan dan Kluster Pagar Siput.

Manakala dilaporkan 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 20 kes daripada lain-lain saringan.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top