BM | EN | 中文

Covid-19: “Kluster Padang” dikesan di Kota Tinggi, Johor

kluster-padang-kota-tinggi-covid-19.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 9 NOV: Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham berkata, satu kluster baru, iaitu “Kluster Padang” dikesan melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.

Beliau dalam kenyataan media hari ini berkata, “Kluster Padang” dikenalpasti hasil saringan individu bergejala pada 5 Nov lepas dan telah pun dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom di Kluang.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39210) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala.

Advertisement

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak empat (4) lagi kes positif COVID-19 dan kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Sehingga 9 November 2020, pada jam 12 tengah hari, sejumlah 338 individu telah disaring, dengan lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu.

Manakala 173 individu dikesan negatif dan 160 individu masih menunggu keputusan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top