BM | EN | 中文

Covid-19: ‘Kluster Meldrum’ dikesan libat daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Tangkak

kluster-meldrum-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 OKT: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan ‘Kluster Meldrum’ melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Tangkak

‘Kluster Meldrum’ merujuk kepada kes indeks (kes ke-29,368) yang dikenalpasti positif hasil saringan individu lelaki bergejala berusia 71 tahun dari Kota Tinggi pada 29 Oktober.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti seorang lagi individu wanita berusia 37 tahun (kes 30,789) dari Johor Bahru dan didapati positif pada 30 Oktober.

Advertisement

Selain itu empat lagi individu dari kontak sosial (kes 30,790 hingga 30,793) dari Johor Bahru dan Tangkak disahkan positif Covid-19.

“Sehingga hari ini pada jam 12 tengah hari, saringan terhadap 219 individu mendapati enam positif (5 kes baharu), 138 negatif dan 75 masih menunggu keputusan,” katanya.

Kesemua kes ‘Kluster Meldrum’ telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Advertisement

Johor mencatatkan sembilan kes positif Covid-19 hari ini dengan lima daripadanya adalah dari ‘Kluster Meldrum’.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top