JOHOR BAHRU, 20 NOV: Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham berkata, satu kluster baru, iaitu “Kluster Makmur” dikesan melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru.
Beliau dalam kenyataan media hari ini berkata, kes indeks bagi “Kluster Makmur” adalah kes ke-51614 yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 19 November 2020.
Sehingga 20 November 2020, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Sementara itu, Johor mencatatkan embilan kes baru hari ini dengan ujuh kes daripada kluster-kluster, termasuk lima kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Makmur.
Manakala satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan satu daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johorkini