BM | EN | 中文

Covid-19: “Kluster Kobena” dikesan di Johor Bahru

kluster-kobena.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster jangkitan Covid-19 baru, “Kluster Kobena” di daerah Johor Bahru,

Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham berkata kluster indeks bagi kluster tersebut adalah kes ke-52,599 yang merupakan kes ‘Severe Acute Respiratory Infections’ (SARI) dan dilaporkan positif pada Jumaat lepas.

“Sehingga 23 November 2020, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Advertisement

Sementara itu sehingga hari 15 kes dicatatkan di Johor tujuh kes daripada kluster-kluster termasuk empat kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kobena.

Manakala tujuh kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan satu kes import dari luar negara.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top