BM | EN | 中文

Covid-19: “Kluster Kiambang” dikesan di Johor

kluster-kiambang.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 NOV: Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham berkata, satu kluster baru, iaitu “Kluster Kiambang” dikesan melibatkan daerah daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Beliau dalam kenyataan media hari ini berkata, kes indeks bagi “Kluster Kiambang” adalah kes ke-48391 yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 November 2020.

Sehingga 19 November 2020, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang, Johor.

Advertisement

Sementara itu, Johor mencatatkan 15 kes baru hari ini dengan 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kiambang.

Sementara itu, tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan satu kes daripada lain-lain saringan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top