BM | EN | 中文

Covid-19: ‘Kluster Kencana’ turut libat daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Pontian

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Satu lagi kluster baharu, Kluster Kencana, dikenal pasti melibatkan daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain daerah-daerah di Johor turut sama terlibat adalah daerah Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak di Selangor dan Cheras (Kuala Lumpur)

Tambah beliau, kes indeks bagi kluster itu (iaitu kes ke-13,805) didapati positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Okt, dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, serta saringan kontak rapat mendapati 16 lagi kes positif COVID-19.

Advertisement

“Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 23 individu telah disaring dan daripada itu 17 kes dikesan positif manakala empat individu negatif dan dua individu masih menunggu keputusan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham.

Beliau berkata demikian dalam sidang media maya yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.

Oleh itu, pertambahan kluster baharu hari ini menjadikan jumlah kluster aktif COVID-19 negara adalah sebanyak 71.

Advertisement

Dr Noor Hisham berkata, susulan peningkatan jumlah kes dan kluster aktif, terdapat beberapa daerah di Semenanjung Malaysia berubah menjadi zon kuning dan merah.

Terdahulu Bernama melaporkan, sebanyak 52 daerah dilaporkan sebagi zon kuning dan sebanyak 19 daerah menjadi zon merah di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Pelbagai tindakan diambil Kementerian Kesihatan misalnya dengan menjalankan Pengesanan Kes Aktif (ACD), meneruskan aktiviti-aktiviti survelan di klinik-klinik sentinel dan hospital-hospital, aktiviti pembersihan dan nyahkuman, serta meningkatkan ujian, pengesanan, pengasingan dan rawatan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, KKM dengan kerjasama pelbagai agensi berusaha memberikan penjelasan, khidmat nasihat dan didikan kepada masyarakat, agar terus membudayakan norma baharu kehidupan, seterusnya memutuskan rantaian penularan jangkitan di dalam komuniti.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top