BM | EN | 中文

Covid-19: ‘Kluster Kempas’ jangkiti 33 individu

kluster-kempas-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OKT: Kes kumulatif bagi ‘Kluster Kempas’ dikesan menjangkiti 33 individu, menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan.

Katanya, bagi Kluster Kempas sehingga 28 Oktober, kumulatif kes positif yang dikesan adalah seramai 33 orang melibatkan tujuh orang rakan sekerja, 17 orang ahli keluarga, lima rakan sekerja ahli keluarga, tiga orang pelajar dan seorang ahli keluarganya.

“Sehingga 28 Oktober 2020, sebanyak 444 orang kontak telah dikenalpasti yang melibatkan negeri Johor (Johor Bahru, Kulai dan Pontian), Selangor dan Melaka.

Advertisement

“Daripada jumlah tersebut, 395 adalah negatif dan 49 orang masih menunggu keputusan.

“Punca jangkitan berkemungkinan daripada kes pertama yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mukim Hulu Langat, Selangor (Zon Merah) bagi menghadiri satu upacara perkahwinan,” kata Vidyanathan dalam kenyataannya hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top