BM | EN | 中文

COVID-19: ‘Kluster Kempas’ dikesan di Johor – KKM

johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 OKT: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan Kluster Kempas melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai.

Dalam sidang media harian beliau berkata, kes indeks (kes ke-24,447) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 22 Okt dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Katanya, saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif dan sehingga kini, sejumlah 206 individu telah disaring dengan lapan kes positif selain 28 individu negatif dan 170 individu masih menunggu keputusan.

Advertisement

Terdahulu Bernama melaporkan, kluster Kempas merupakan salah satu daripada enam kluster baru yang dikesan hari ini.

Daripada enam kluster baru itu, dua dikesan di Sabah iaitu Kluster Megah dan Kluster Mesra yang masing-masing melibatkan kes indeks daripada hasil saringan individu bergejala.

Bagi Kluster Megah di Sandakan, melibatkan kes indeks (kes ke-13,706) yang dikesan pada 5 Okt dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.

Advertisement

“Saringan kontak rapat kluster ini, telah mengenal pasti 14 lagi kes positif dan sehingga hari ini, 64 individu disaring dengan 15 kes positif, 12 negatif dan 37 individu masih menunggu keputusan.

Bagi Kluster Mesra juga di Sandakan, melibatkan kes indeks (kes ke-13,755) yang dikenal pasti positif COVID-19 pada 7 Okt dan dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 21 lagi kes positif dan dua individu masih menunggu keputusan.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata bagi Kluster Kaya yang melibatkan Daerah Seremban, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya kes-kes dikesan hasil saringan di tempat kerja pada hari ini.

Advertisement

Beliau berkata individu-individu berkenaan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

“Sehingga hari ini, 63 individu disaring dengan 55 kes positif, enam negatif dan dua individu masih menunggu keputusan,” katanya.

KKM turut mengesan Kluster Bah Kayu di Gombak, Selangor dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Okt hasil saringan inidividu (kes ke-17,371) yang pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Advertisement

Katanya, pesakit dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19 dan setakat ini seramai 628 individu telah disaring dengan 17 kes dikesan positif, 591 negatif dan 20 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Baki pula dikesan di Kuching, Sarawak hasil saringan individu bergejala (kes ke-20,431) pada 17 Okt dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

“Saringan kontak rapat mengenal pasti empat lagi kes positif. Seramai 68 individu disaring dengan 34 individu negatif manakala 29 individu masih menunggu keputusan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top