BM | EN | 中文

COVID-19: “Kluster Kampung Baharu” dan “Kluster Pekeliling” dikesan di Johor

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 DIS: Satu kluster baru Covid-19, iaitu Kluster “Kampung Baharu” dan “Kluster Pekeliling” dikesan di negeri Johor, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan

Pengarah KKM, Dr Noor Hisham berkata “Kluster Kampung Baharu” melibatkan daerah Johor Baharu dan Pontian di Johor dengan kes mula dikesan pada 23 Dis lepas melalui saringan bersasar di sebuah kilang serta saringan kontak rapat.

Katanya sehingga hari ini, sejumlah 194 individu telah disaring dan 35 dikesan positif COVID-19 dalam kluster itu.

Advertisement

Dr Noor Hisham menambah “Kluster Pekeliling” juga melibatkan kluster tempat kerja di daerah Johor Bahru dan kes dalam kluster itu mula dikesan melalui saringan bersasar di sebuah kilang pada 21 Dis lepas.

“Sehingga hari ini, sejumlah 185 individu telah disaring dalam kluster ini dan daripada jumlah itu, 27 kes telah dikesan positif COVID-19,” katanya.

Sementara itu Johor mencatatkan 194 jangkitan hari ini dengan jumlah kumulatif sebanyak 5,734 kes.

Advertisement

Daripada jumlah itu 117 kes adalah daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Baharu dan Kluster Pekeliling.

Manakala 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan 36 kes daripada lain-lain saringan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top