BM | EN | 中文

Covid-19: “Kluster Jeri” dikesan di Johor libat daerah Kota Tinggi, Mersing dan Muar

johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 NOV: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, “Kluster Jeri” dikesan di Johor melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing, dan Muar.

Kluster Jeri merupakan salah satu daripada tiga kluster baru yang dikesan hari ini.

Menurut beliau, Kluster Jeri membabitkan kes indeks yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Singapura pada 6 Nov.

Advertisement

Beliau berkata saringan kontak rapat di Malaysia telah mengesan 26 kes positif COVID-19 dan kes-kes itu dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Sehingga tengah hari ini, beliau berkata 1,170 individu disaring, dengan 26 kes dikesan positif COVID-19 termasuk tiga kes baharu manakala 609 individu masih menunggu keputusan.

Selain itu, Kluster Plaza dikesan di Kota Kinabalu membabitkan kes (ke-42,299) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 Nov dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran MARA, Kota Kinabalu.

Advertisement

Beliau berkata hasil saringan kontak rapat telah mengesan 11 lagi kes positif COVID-19.

“Sehingga pukul 12 tengah hari ini, 19 individu disaring, dengan 12 kes dikesan positif COVID-19 termasuk 11 kes baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata Kluster kedua di Sabah iaitu Kluster Jalan Kalabakan dikesan di Tawau melibatkan kes indeks (ke-31,309) yang dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 31 Okt dan dimasukkan ke Hospital Tawau.

Advertisement

Beliau berkata saringan kontak rapat telah mengesan 21 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 tengah hari ini, 22 individu disaring, dengan kesemua 22 kes dikesan positif COVID-19 termasuk tiga kes baharu, katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top