BM | EN | 中文

Covid-19: Kluster Jalan Dalam, Tenun Merah dikesan di Johor

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kluster jangkitan Covid-19 baru, iaitu “Kluster Jalan Dalam” dan “Kluster Tenun Merah” di Johor.

Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham dalam kenyatannya berkata “Kluster Jalan Dalam” melibatkan daerah Kulai, Batu Pahat dan Johor Bahru.

“Kes indeks (Kluster Jalan Dalam) iaitu kes ke-74278 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.

Advertisement

“Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Manakala “Kluster Tenun Merah” melibatkan daerah Batu Pahat di negeri Johor.

“Kes indeks (Kluster Tenun Merah) iaitu kes ke-74273 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.

Advertisement

“Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 287 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” ujarnya lanjut.

Sementara itu, 100 kes baru dicatatkan di Johor hari ini dengan 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Dalam dan Kluster Tenun Merah.

Manakala 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 13 kes daripada lain-lain saringan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top