BM | EN | 中文

Covid-19: Kluster Gemilang dikesan di Johor

Kluster-Gemilang-Johor-Bahru.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 NOV: Satu kluster baru Covid-19 dikesan di Johor, iaitu “Kluster Gemilang” menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, “Kluster Gemilang” itu melibatkan daerah Johor Bahru.

“Kluster ini melibatkan sebuah syarikat logistik dalam daerah Johor Bahru di negeri Johor.

Advertisement

“Kes indeks iaitu kes ke-58837 merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 24 November 2020.

“Sehingga 26 November 2020, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Sementara itu, 60 kes dilaporkan hari ini di Johor dengan 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gemilang.

Advertisement

Manakala dua kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan empat kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top