BM | EN | 中文

Covid-19: Kluster Desa Idaman dikesan di Kulai, Johor

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster jangkitan Covid-19 baru, iaitu “Kluster Desa Idaman” berkaitan dengan keagamaan melibatkan daerah Kulai di Johor.

Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham dalam kenyataan semalam berkata “Kluster Desa Idaman” adalah dari kes indeks ke-78315 yang merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Disember 2020

Menurut beliau pesakit telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Advertisement

“Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Dalam pada itu, semalam Johor melaporkan 103 kes baru dengan 62 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Desa Idaman.

Manakala 36 kes lagi adalah daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top