BM | EN | 中文

COVID-19: Kluster Bukit Tiram, Mambong ditamatkan hari ini

taman-bukit-tiram.png

Grafik Google Maps

Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Dua kluster, masing-masing Kluster Bukit Tiram di Johor dan Kluster Mambong di Sarawak, diisytiharkan tamat hari ini.

Kementerian Kesihatan melalui laman Twitternya memaklumkan Kluster Bukit Tiram sebelum ini merekodkan 10 kes positif merangkumi enam warga Malaysia dan empat bukan warganegara.

Kementerian itu turut memaklumkan bagi Kluster Mambong, tujuh kes dilapor melibatkan lima warga Malaysia manakala selebihnya warga asing.

Advertisement

“Tiada kes kematian dilaporkan bagi kedua-dua kluster ini. Jumlah (keseluruhan) kluster tamat kini sebanyak 91,” demikian menurut hantaran itu.

Semalam, empat kluster di Sarawak ditamatkan iaitu Kluster Sentosa, Kluster Satok, Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Melbourne dan Kluster Kejuruteraan Kuching.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top