BM | EN | 中文

COVID-19: Kluster Bukit Tiram, Johor dikenalpasti – KKM

taman-bukit-tiram.png

Grafik Google Maps

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 JUL: Satu kluster baru dikenali sebagai ‘Kluster Bukit Tiram telah dikenalpasti apabila terdapat dua kes positif yang telah dilaporkan di sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan berkata, terdapat dua kes positif (iaitu kes ke-8868 dan kes ke-8869) yang dikesan dalam kluster ini.

Kedua-dua kes ini merupakan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan merupakan kakitangan pusat keagamaan tersebut.

Advertisement

“Kedua-dua kes positif ini telah mula mengalami gejala pada 15 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan.

“Kemudiannya mereka telah membuat saringan COVID-19 dan dikesan positif pada 24 Julai 2020,” menurut KKM dalam kenyatannya semalam.

Tambah KKM, sehingga 25 Julai, terdapat dua kes positif dan sepuluh orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini.

Advertisement

“Semua sepuluh orang kontak rapat telah disaring dan masih menunggu keputusan.

“Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (active case detection) sedang diteruskan. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan,” tambah KKM.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top