JOHOR BAHRU, 28 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster jangkitan Covid-19 baru di Johor, iaitu “Bukit Pasir”.
Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham dalam kenyatannya berkata “Bukit Pasir” melibatkan daerah Muar di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-100103 telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.
“Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.
Sementara itu Johor mencatatkan 191 kes harian baru menjadikan kes kumulatif di negeri ini berjumlah 4,823 kes.
Daripada 191 kes yang dilaporkan, 50 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Pasir.
Manakala 64 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan 77 kes daripada lain-lain saringan.
Johorkini