BM | EN | 中文

COVID-19: ‘Kluster Bayu’ dikesan di Johor Bahru dan Muar

kluster-bayu-muar-JB.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 OKT: “Kluster Bayu” membabitkan daerah Johor Bahru dan Muar adalah salah satu dari empat kluster baharu Covid-19 yang dikesan hari ini.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kluster Bayu melibatkan kes indeks (iaitu kes ke-25,677) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 23 Oktober lalu.

“Hasil saringan kontak rapat mengesan tujuh lagi kes positif Covid-19 di mana kesemua kes dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Advertisement

“Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 104 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif Covid-19 (empat kes baharu), 60 individu negatif dan 36 individu menunggu keputusan,” katanya.

Tiga kluster lain yang dikesan adalah Kluster Seri Gaya, Kluster Greenhill , Kluster Idaman.

Menurutnya, Kluster Seri Gaya membabitkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di negeri Sabah di mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14,153) dikenal pasti positif

Advertisement

Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober lalu.

“Saringan kontak rapat mengesan 15 lagi kes positif Covid-19 di mana kesemua kes dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

“Sehingga jam 12 tengah hari, sejumlah 64 individu disaring di mana 16 kes dikesan positif Covid-19 (11 kes baharu), 47 individu dikesan negatif dan satu individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media harian Covid-19, di sini, hari ini.

Advertisement

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kluster Grenhill pula dilaporkan di daerah Kuching dan Miri di Sarawak di mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27,786) dikenal pasti positif Covid-19 selepas hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober lalu.

“Saringan kontak rapat mengesan 24 lagi kes positif Covid-19 di mana kesemua kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri.

“Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 51 individu disaring di mana 25 kes dikesan positif Covid-19 (21 kes baharu) dan 26 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, bagi Kluster Idaman pula membabitkan daerah Petaling dan Gombak di Selangor dan daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16,044) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020 di mana saringan kontak rapat mengesan 10 lagi kes positif dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 481 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif Covid-19 (dua kes baharu), 300 individu dikesan negatif dan 170 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top