BM | EN | 中文

Covid-19: Kluster Batu Tujuh dan Kluster Tanjung Bunga dikesan di Johor

kluster-batu-tujuh-kluster-bunga-tanjung.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 NOV: Dua kluster Covid-19 dikesan di Johor, iaitu Kluster Batu Tujuh dan Kluster Tanjung Bunga  menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, Kluster Batu Tujuh melibatkan daerah Batu Pahat dan Johor Bahru dengan kes indeks iaitu kes ke-54703 merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 22 November 2020.

Sehingga 25 November 2020, sejumlah 144 individu dari Kluster Batu Tujuh telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Advertisement

Manakala Kluster Tanjung Bunga melibatkan daerah Johor Bahru di dengan kes indeks, iaitu kes ke-53639 merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 21 November 2020.

Sehingga 25 November 2020, sejumlah 87 individu dari Kluster Tanjung Bunga telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Sementara itu, 30 kes dilaporkan hari ini dengan 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Tujuh dan Kluster Tanjung Bunga;

Advertisement

Tiga daripada kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19, tiga kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan lima kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top