BM | EN | 中文

Covid-19: “Kluster Batu 39” dikesan di Pontian, Johor

Pontian.jpg
Advertisement

PONTIAN, 20 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster jangkitan Covid-19 baru, iaitu “Kluster Batu 39” melibatkan daerah Pontian di Johor.

Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini berkata “Kluster Batu 39” adalah dari kes indeks ke-90568.

Menurut beliau, pesakit telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja.

Advertisement

“Sehingga 20 Disember 2020, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Dalam pada itu Johor merekodkan 156 kes baru hari ini dengan jumlah kumulatif sebanyak 3,143 kes.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top