BM | EN | 中文

Covid-19: Kluster Bandar Impian dikesan di Kluang, Johor

Bandar-Kluang-Johor.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KLUANG, 10 DIS: Terdapat satu kluster baharu yang telah dilaporkan di negeri Johor iaitu Kluster Bandar Impian semalam, menurut Exco Kesihatan R Vidyanathan.

Menurut beliau, kluster ini melibatkan daerah Kluang di Johor, daerah Pasir Putih di Kelantan dan daerah Kuala Kangsar di Perak.

Katanya, kluster itu dikesan semalam melibatkan 22 kes daripada saringan kontak rapat kes Covid-19 dan 40 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Advertisement

“Kes indeks dikesan hasil saringan Severe Acute Respicatory Infection (SAR) yang dilaporkan pada 1 Disember.

“Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 58 individu telah disaring di mana kes telah dikesan positi Covid-19 di datam kun ter in

“Sebanyak 100 kes baharu yang dilaporkan di Johor semalam iaitu 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Advertisement

“Ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 2,193 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top