BM | EN | 中文

Covid-19: KKM gesa program libatkan orang ramai ditangguhkan

nor-hisham-abdullah-kkm.jpg

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah

Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah menggesa perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Dalam satu kenyataan, Noor Hisham juga menggesa mereka yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan agar tidak menghadiri program melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

“Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19,” katanya.

Advertisement

Beliau turut menggesa orang ramai menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter apabila berhadapan dengan individu lain.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak melancong keluar negara terutamanya negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan Covid-19.

KKM turut menasihatkan orang ramai untuk tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.

Advertisement

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad menyarankan perhimpunan keagamaan di kawasan berisiko dengan jangkitan Covid-19 ditangguhkan.

Beliau bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk tidak mengadakan solat Jumaat buat masa ini, namun khutbah perlu dipendekkan susulan penularan wabak berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top