BM | EN | 中文

COVID-19: Kilang Power Root di Johor henti sementara operasi

power-root.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JUL: Power Root Bhd menghentikan sementara operasi kilangnya di Johor untuk melaksanakan kerja sanitasi bagi membendung penyebaran COVID-19.

Langkah itu dijangka menyebabkan penangguhan penghantaran kepada pelanggan eksportnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Kumpulan itu berkata, anak syarikatnya, Power Root (M) Sdn Bhd diarahkan oleh Kementerian Kesihatan untuk menggantung sementara operasi di kilang terletak dekat Taman Perindustrian Plentong di Masai.

Advertisement

“Kilang itu dijangka meneruskan semula operasi secara berperingkat pada 7 Julai atau lebih awal, tertakluk kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan,” katanya, lapor BH Online.

Power Root berkata, ia melaksanakan ujian COVID-19 kepada pekerja yang menjadi kontak rapat dengan mereka yang diuji positif virus itu menerusi pengesanan kontak.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan jumlah pekerja yang terbabit.

Advertisement

“Kami juga melaksanakan langkah kuarantin bagi pekerja dan kontak rapat yang terkesan di kemudahan kuarantin,” katanya.

Syarikat itu menambah, kos ujian COVID-19, kuarantin dan proses disinfeksi tidak akan memberikan impak material ke atas prestasi kewangan kumpulan.

Saham Power Root ditutup dua sen atau 1.52 peratus lebih tinggi pada RM1.34 semalam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top