BM | EN | 中文

Covid-19: Kes sembuh kumulatif di Johor meningkat

covid-19.jpg

Gambar Hiasan:: Petugas Kesihatan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 APR: Negeri Johor mencatatkan peningkatan jumlah kes kumulatif sembuh akibat jangkitan dari Covid-19, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Katanya sehingga 13 April, negeri Johor telah mencatatkan sebanyak 336 jumlah kes kumulatif sembuh dan ia merupakan peningkatan sebanyak 28 kes pada hari semalam.

“Trend ini menunjukkan tanda yang positif dan diharapkan statistik kes sembuh dan discaj bagi negeri Johor akan terus meningkat pada setiap hari,” kata Vidyananthan.

Advertisement

Tambahnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kluang yang bermula 26 Mac lalu dan maklumat Jabatan Kesihatan Negeri Johor (CPRC negeri) merekodkan sebanyak 201 kes positif COVID-19 dan tiga kematian setakat ini.

“Di Mukim Ulu Benut. Bandar Baru Datuk Ibrahim Majid mencatatkan 163 orang positif Covid-19, diikuti Kampung Datuk Ibrahim Majid (2 orang), Parit Penghulu (4 orang); Taman Seri Bayu (3 orang) dan Parit Salleh (4 orang).

“Dua lagi kawasan, iaitu Taman Suria dan Taman Berjaya, masing-masing dengan seorang yang disahkan positif Covid-19.

Advertisement

“Sebanyak 1,445 ujian Rapid Test Kit (RTK) telah dijalankan dan daripada itu 55 kes disahkan positif setakat 13 April 2020. Setiap individu yang didapati positif ujian RTK akan diwajibkan untuk menjalani ujian SWAB,” katanya lagi.

Sementara itu Pusat Media Covid-19 Johor melaporkan kemaskini kes Covid-19 di seluruh Johor sehingga jam 11.59 malam 13 April 2020 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes positif : 579 kes (+21)
Jumlah kes masih dirawat : 230 kes (-7)
Jumlah kes sembuh dan discaj : 336 kes (+28)
Jumlah kematian : 13
Jumlah stesen kuarantin dibuka : 26

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top