BM | EN | 中文

Covid-19: Kes positif kini lebih 5,000, kematian 83

dr-noor-hisham-kkm.png

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 APR: Jangkitan positif Covid-19 di Malaysia kini telah mencecah kepada 5,072 kes sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pada itu memaklumkan terdapat seorang pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 83 kes.

Manakala sebanyak 85 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 5,072 orang.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 169 pesakit sembuh hari ini dan telah pulih menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,647 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 56 orang dengan 32 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh dan discaj adalah 2,647 bersamaan dengan 52.18 peratus dari jumlah keseluruhan kes positif.

Advertisement

Keseluruhan kes positif 5,072 dengan 52.18 peratus sembuh bersamaan 2,647 pesakit, manakala 83 kematian bersamaan 1.64 peratus.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top