BM | EN | 中文

Covid-19: Kes positif harian di Malaysia menurun ke angka 15

kkm-dr-noor-hisham-covid-19.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Malaysia mencatatkan 15 kes positif Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 7,619.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.

Manakala 42 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,083 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak lapan orang dengan empat daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,619 kes dengan 79.84 peratus telah sembuh bersamaan 6,083 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.51 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,421 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top