BM | EN | 中文

Covid-19: Kes positif harian di Malaysia meningkat ke angka 187

dr-noor-hisham-kkm-covid-19.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Malaysia mencatatkan 187 kes positif Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 7,604.

Daripada 187 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara (iaitu tujuh (7) warganegara Malaysia dan tiga (3) pemastautin tetap / pasangan kepada warganegara Malaysia).

Daripada 177 kes penularan tempatan, 173 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 155 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras.

Advertisement

Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat (4) kes sahaja.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.

Manakala 62 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,041 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak lapan orang dengan lima daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,604 kes dengan 79.45 peratus telah sembuh bersamaan 6,041 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.51 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,448 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top