BM | EN | 中文

Covid-19: Kes meningkat ke angka 561 dengan dua kematian

DG-Hisham-11-Okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, dua kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 157 kes.

Sementara itu, hari ini 561 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 15,657.

Daripada 561 kes positif yang dilaporkan hari ini, 553 adalah kes penularan tempatan dan hanya lapan kes import.

Advertisement

Terdapat 133 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 10,913 kes.

Sementara itu terdapat 90 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 29 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 15,657 kes dengan 69.70 peratus kadar sembuh bersamaan 10,913 pesakit, manakala 157 kematian bersamaan 1.00 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 4,587 kes aktif pada kadar 29.30 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top