BM | EN | 中文

Covid-19: Kes meningkat ke angka 18, sepuluh penularan tempatan

coronavirus_covid_19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 JUL: Hari ini mencatatkan 18 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,755 kes.

Daripada 18 kes baharu hari ini, sepuluh kes adalah penularan tempatan dan lapan import.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan kekal 122 kes.

Advertisement

Sementara itu tiga kes sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,541 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai tiga orang dan tiada diantara mereka yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,755 kes dengan 97.72 peratus kadar sembuh bersamaan 8,541 pesakit, manakala 122 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 92 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top