BM | EN | 中文

Covid-19: Kes meningkat di Johor, tindakan unilateral rentas pihak perlu diambil

mohd-khuzzan-abu-bakar-semerah.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 19 MEI: Peningkatan mendadak kes Covid-19 negeri Johor menuntut pelan tindakan unilateral segera yang merentas semua pihak, kata Adun Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Kata Khuzzan, langkah itu perlu dibuat susulan peningkatan mendadak jumlah kes baharu Covid-19 di negeri Johor hari ini iaitu sebanyak 699 kes.

“Saya menyeru agar satu usaha sama yang merentas semua pihak termasuklah kerajaan negeri dan pembangkang dapat diadakan untuk membolehkan kita duduk semeja dan bersama membentuk penyelesaian terhadap krisis pandemik di negeri Johor ini demi kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Kata Khuzzan, selain mencadangkan tindakan segera dari kerajaan negeri, langkah itu perlu diimbangi dengan bantuan bersasar bagi golongan yang terkesan khususnya B40 dan M40.

Sementara itu katanya, berdasarkan rekod sehingga 17 Mei, jumlah pemvaksinan di negeri Johor masih di bawah paras 10 peratus iaitu 8.49 peratus (104,263) bagi Dos 1 dan 5.74 peratus (70,488) bagi Dos 2 sahaja daripada jumlah pendaftaran keseluruhan 1,227,884.

“Peratusan yang rendah ini menunjukkan kadar proses vaksinasi yang perlahan serta mendedahkan risiko kepada orang awam.

Advertisement

“Ini juga kerana rekod sehingga 18 Mei menunjukkan kadar kebolehjangkitan (rate of trasmission) negeri Johor kini adalah lebih tinggi 1.11 berbanding negara 1.08,” katanya.

Khuzzan mencadangkan pembelian, pemerolehan dan pengagihan vaksin secara menyeluruh kepada rakyat Johor dengan keutamaan kepada frontliners, kakitangan awam dan warga emas dan program saringan besar-besaran secara percuma.

“Demi keutamaan nyawa dan tahap kesihatan masyarakat, pelaksanaan-pelaksanaan di atas terutama melibatkan proses saringan dan pemvaksinan wajar disegera dan dipercepatkan kepada Bangsa Johor,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top