KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Hari ini mencatatkan kes baharu positif COVID-19 di Malaysia ke dua angka iaitu 14, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,999 kes.
Daripada 14 kes baharu hari ini, 13 adalah penularan tempatan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.
Terdapat 17 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,664 kes.
Sementara itu terdapat dua orang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,999 kes dengan 96.28 peratus kadar sembuh bersamaan 8,664 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.39 peratus.
Sehingga kini sejumlah 210 kes aktif dengan kadar 2.33 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini