BM | EN | 中文

COVID-19: Kes kekal dua angka, hari ini 15, kadar sembuh 97 peratus

dg-hisham-kkm-21-julai.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 JUL: Kes harian kekal dua angka dengan hari ini mencatatkan 15 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,815 kes.

Daripada 15 kes baharu hari ini, 11 adalah kes tempatan dan empat adalah kes import.

Terdapat tujuh kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,562 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai empat orang dan seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,815 kes dengan 97.13 peratus kadar sembuh bersamaan 8,562 pesakit, manakala 123 kematian bersamaan 1.40 peratus.

Sehingga kini sejumlah 130 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top