BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian tertinggi 871 dengan tujuh kematian

DG-Hisham-18-Okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tujuh kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 187 kes.

Sementara itu, hari ini mencatatakan 871 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, tertinggi dikekodkan rmenjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 20,498.

Daripada 871 kes positif yang dilaporkan hari ini, 866 adalah kes penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Terdapat 701 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 13,262 kes.

Sementara itu terdapat 86 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 20,498 kes dengan 64.70 peratus kadar sembuh bersamaan 13,262 pesakit, manakala 187 kematian bersamaan 0.91 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 7,049 kes aktif pada kadar 34.39 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top