BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian menurun ke 732, namun terdapat enam kematian

DG-HISHAM-21-OKT.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, enam kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 199 kes.

Sementara itu, hari ini mencatatakan 732 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 22,957.

Daripada 732 kes positif yang dilaporkan hari ini, 724 adalah kes penularan tempatan dan lapan kes import.

Advertisement

Terdapat 732 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 14,931 kes.

Sementara itu terdapat 102 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 22,957.kes dengan 65.04 peratus kadar sembuh bersamaan 14,931 pesakit, manakala 199 kematian bersamaan 0.87 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 7,827 kes aktif pada kadar 34.09 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top