BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian meningkat ke angka 93, kematian kekal 115, kadar sembuh 81 peratus

dr-noor-hisham-kkm-3-jun.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Malaysia mencatatkan 93 kes positif Covid-19 harian baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 7,970.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.

Kesemua 93 kes baharu melibatkan penularan tempatan, dimana 91 adalah bukan warganegara dan dua adalah warganegara manakala tiada kes import dilaporkan.

Advertisement

Seramai 61 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,531 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak enam orang dengan dua daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,970 kes dengan 81.94 peratus telah sembuh bersamaan 6,531 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.44 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,324 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top