BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian meningkat ke angka 78, satu kematian hari ini, kadar sembuh 82 peratus

Covid-19-Dr-Noor-Hisham-Abdullah-KKM.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB Kementerian Kesihatan Malaysia)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.

Dalam pada itu terdapat peningkatan kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini berbanding semalam, iaitu 78 kes menjadikan jumlah keseluruhan kepada 7,137 kes.

Menurut Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 63 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,859 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak sembilan orang dengan lima daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,137 kes dengan 82.09 peratus telah sembuh bersamaan 5,859 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.61 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,163 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top