BM | EN | 中文

COVID-19: Kes harian meningkat ke angka 21, hanya dua sembuh

covid-19-20-Julai-2020.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 JUL: Hari ini mencatatkan peningkatan kes baharu positif COVID-19 di Malaysia iaitu sebanyak 21, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,800 kes.

Daripada tujuh kes baharu hari ini, 15 adalah kes tempatan dan enam adalah kes import dengan lapan warganegara dan tiga bukan warganegara.

Enam adalah kes import dilaporkan membabitkan mereka yang pulang dari Filipina, Denmark, Rusia dan India. Mereka dibenarkan masuk atas urusan kerja.

Advertisement

Manakala empat daripadanya adalah warganegara, dan dua bukan warganegara.

Terdapat hanya dua kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,555 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai tiga orang dan seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,800 kes dengan 97.22 peratus kadar sembuh bersamaan 8,555 pesakit, manakala 123 kematian bersamaan 1.40 peratus.

Sehingga kini sejumlah 122 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top