BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian meningkat ke angka 103

covid-19-dr-noor-hisham-kkm.png

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan KKM)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Malaysia mencatatkan 103 kes positif Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 7,732.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.

Dari 103 kes baharu telah dilaporkan, 84 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia dengan tujuh daripadanya adalah kes import dan 96 kes adalah penularan tempatan.

Advertisement

Seramai 66 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,235 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak lapan orang dengan dua daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,732.kes dengan 80.64 peratus telah sembuh bersamaan 6,235 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.49 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,382 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top