BM | EN | 中文

COVID-19: Kes harian melonjak ke angka 62, dengan 56 penularan tempatan

DG-Hisham-7-Sept.png

KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Hari ini mencatatkan lonjakan ketara, iaitu dengan 62 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,459 kes.

Daripada 62 kes positif yang dilaporkan, 56 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, enam adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Terdapat hanya sembilan kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,124 kes.

Sementara itu terdapat enam pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,459 kes dengan 96.46 peratus kadar sembuh bersamaan 9,124 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.35 peratus.

Sehingga kini sejumlah 207 kes aktif pada kadar 2.19 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top