BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian melonjak ke angka 277, kadar sembuh 79 peratus

dr-noor-hisham-kkm-4-jun.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Kes positif Covid-19 harian di Malaysia melonjak ke angka 277, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,247.

Daripada 277 kes positif itu, 275 melibatkan penularan tempatan, manakala dua lagi adalah kes import.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.

Advertisement

Seramai 28 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,559 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak enam orang dengan dua daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,247 kes dengan 79.53 peratus telah sembuh bersamaan 6,559 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,573 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top