BM | EN | 中文

COVID-19: Kes harian melonjak ke angka 100 dengan 85 penularan tempatan

Covid-19-coronavirus-1.jpg

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Hari ini mencatatkan lonjakan ketara ke tiga angka, iaitu 100 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,559 kes.

Daripada 100 kes positif yang dilaporkan, 85 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, 15 adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Terdapat hanya 12 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,136 kes.

Sementara itu terdapat tujuh pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,559 kes dengan 95.57 peratus kadar sembuh bersamaan 9,136 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.34 peratus.

Sehingga kini sejumlah 295 kes aktif pada kadar 3.09 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top