KUALA LUMPUR, 25 MEI: Malaysia mencatatkan 172 kes positif Covid-19 baru, tertinggi dalam tempoh 45 hari menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 7,417.
Kes baru harian tertinggi yang pernah dicatatkan berbanding hari ini adalah pada 11 April, iaitu sebanyak 184 kes.
Dalam pada itu Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.
Manakala 34 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,979 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak lapan orang dengan empat daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,417.kes dengan 80.61 peratus telah sembuh bersamaan 5,979 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.55 peratus.
Sehingga kini sejumlah 1,323 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini